Membuka kunci peranti anda secara automatik
Ciri Kunci Pintar menjadikan buka kunci peranti anda lebih mudah dengan membenarkan
anda menetapkannya kepada buka kunci secara automatik dalam situasi tertentu. Anda
boleh mengekalkan peranti anda tidak berkunci, contohnya, apabila ia bersambung ke
peranti Bluetooth® atau apabila anda sedang membawanya bersama anda.
Untuk menyediakan peranti anda membuka kunci secara automatik, anda perlu
melaksanakan langkah-langkah berikut dahulu dalam susunan yang diberikan:
•
Pastikan anda mempunyai sambungan Internet, seelok-eloknya sambungan Wi-Fi® bagi
mengehadkan caj trafik data.
•
Pastikan bahawa semua aplikasi anda dikemas kini menggunakan aplikasi Play Store™
bagi memastikan bahawa aplikasi perkhidmatan Google Play™ dikemas kini. Mempunyai
aplikasi perkhidmatan Google Play™ memastikan bahawa anda boleh menggunakan ciri
Kunci Pintar yang terkini.
•
Dayakan Kunci Pintar.
48
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
•
Tetapkan bila anda ingin peranti anda membuka kunci secara automatik.
Ciri Kunci Pintar dibangunkan oleh Google™ dan kefungsian tepat boleh berubah melebihi
masa kerana kemas kini daripada Google™.
Ciri Kunci Pintar mungkin tidak tersedia di setiap pasaran, negara atau rantau.
Untuk mendayakan Kunci Pintar
1
Pastikan bahawa anda telah menetapkan corak, PIN atau kata laluan untuk kunci
skrin anda.
2
Dari Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > Ejen amanah.
4
Seret peluncur di sebelah
Kunci Pintar (Google) ke kanan.
5
Ketik anak panah undur bersebelahan
Ejen amanah.
6
Cari dan ketik
Kunci Pintar.
7
Masukkan corak, PIN atau kata laluan anda. Anda perlu memasukkan kunci skrin
ini pada bila-bila masa anda ingin mengubah tetapan Kunci Pintar anda.
8
Pilih jenis Kunci Pintar.
Tetapan apabila mengekalkan peranti terkunci secara automatik
Anda boleh menetapkan Kunci Pintar untuk mengekalkan peranti anda tidak berkunci
menggunakan tetapan berikut:
•
Peranti dipercayai — Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila peranti Bluetooth®
disambungkan.
•
Tempat dipercayai — Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila anda berada di
lokasi dipercayai.
•
Pengesanan pada badan — Kekalkan peranti anda tidak berkunci apabila anda sedang
membawa peranti anda bersama anda.
Anda perlu membuka kunci peranti anda secara manual apabila anda tidak
menggunakannya selama 4 jam dan selepas anda memulakannya semula.
Menyambung ke peranti Bluetooth® yang dipercayai
Anda boleh menandakan peranti Bluetooth® yang bersambung sebagai peranti
"dipercayai" dan kekalkan peranti Xperia™ anda tidak berkunci semasa ia bersambung
dengannya. Oleh itu, jika anda mempunyai peranti Bluetooth® yang anda sambung
secara kerap, contohnya, pembesar suara kereta atau sistem hiburan rumah, jam
Bluetooth® atau penjejak kecergasan, anda boleh menambahnya sebagai peranti
dipercayai dan memintas keselamatan skrin kunci tambahan bagi menjimatkan masa.
Ciri ini sesuai jika anda biasanya di tempat yang selamat secara relatif apabila anda
menggunakan peranti ini. Dalam sesetengah kes, anda mungkin masih perlu membuka
kunci peranti anda secara manual sebelum peranti dipercayai boleh disambungkan.
Tidak disyorkan untuk menambah peranti yang disambungkan secara kerap ke peranti anda
sebagai peranti dipercayai, contohnya, papan kekunci Bluetooth® atau sarung.
Sebaik sahaja peranti Bluetooth® yang dipercayai dimatikan atau beralih ke luar julat, skrin
anda dikunci dan anda memerlukan PIN, corak atau kata laluan anda untuk membuka
kuncinya.
Untuk menambah peranti Bluetooth® dipercayai
1
Pastikan peranti anda dipasangkan dan disambungkan ke peranti Bluetooth®
yang anda ingin tambah sebagai peranti dipercayai.
2
Dalam menu Kunci Pintar, ketik
Peranti dipercayai.
3
Ketik
Tambah peranti dipercayai > Bluetooth.
4
Ketik nama peranti untuk memilihnya daripada senarai peranti yang bersambung.
Hanya peranti yang berpasangan muncul dalam senarai ini.
5
Bergantung pada keselamatan sambungan anda, anda mungkin perlu membuka
kunci peranti anda secara manual sebelum peranti dipercayai boleh
mengekalkannya terkunci.
49
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mengalih keluar peranti Bluetooth® dipercayai
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Peranti dipercayai.
3
Ketik peranti yang anda ingin alih keluar.
4
Ketik
Alih keluar peranti dipercayai.
Memastikan anda selamat apabila menggunakan peranti dipercayai
Peranti Bluetooth® yang berbeza menyokong standard dan keupayaan keselamatan
Bluetooth® yang berbeza. Terdapat kemungkinan bahawa seseorang boleh
mengekalkan peranti Xperia™ anda berkunci dengan meniru sambungan Bluetooth®
anda, walaupun peranti dipercayai anda tidak lagi berada berdekatan. Peranti anda
sentiasa tidak dapat menentukan sama ada sambungan anda selamat daripada
seseorang yang cuba untuk menirunya.
Apabila peranti anda tidak boleh menentukan bahawa anda sedang menggunakan
sambungan yang selamat, anda akan mendapat pemberitahuan pada peranti Xperia™
anda dan mungkin perlu membuka kuncinya secara manual sebelum peranti dipercayai
boleh mengekalkannya berkunci.
Julat ketersambungan Bluetooth® boleh berbeza bergantung pada faktor-faktor seperti
model peranti anda, peranti Bluetooth® yang bersambung dan persekitaran anda.
Bergantung pada faktor-faktor ini, sambungan Bluetooth® boleh berfungsi melebihi jarak
sehingga 100 meter. Jika seseorang mengambil peranti Xperia™ anda semasa ia
berdekatan dengan peranti dipercayai, ia mungkin dapat mengakses peranti Xperia™
anda jika peranti dipercayai telah membuka kuncinya.
Menyambung ke tempat dipercayai
Apabila ciri Tempat dipercayai disediakan, keselamatan skrin kunci pada peranti Xperia™
anda dinyahdayakan apabila anda berada di lokasi dipercayai yang ditandakan. Untuk
ciri ini berfungsi, anda mesti mempunyai sambungan Internet (seelok-eloknya melalui Wi-
Fi®) dan membenarkan peranti anda menggunakan lokasi semasa anda.
Untuk menyediakan tempat dipercayai, pastikan dahulu mod lokasi ketepatan tinggi atau
mod lokasi menjimatkan bateri didayakan pada peranti anda sebelum anda menambah
lokasi rumah atau tersuai.
Dimensi tepat bagi lokasi dipercayai adalah anggaran dan boleh melangkaui dinding fizikal
rumah anda atau kawasan lain yang telah anda tambah sebagai lokasi dipercayai. Ciri ini boleh
mengekalkan peranti anda terkunci dalam radius sehingga 80 meter. Berhati-hati juga bahawa
isyarat lokasi boleh ditiru atau dimanipulasi. Seseorang dengan akses ke peralatan khusus
boleh membuka kunci peranti anda.
Untuk menambah lokasi rumah anda
1
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar >Tempat dipercayai >
Laman Utama.
4
Ketik
Hidupkan lokasi ini.
Untuk mengedit lokasi rumah anda
1
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Tempat dipercayai.
4
Pilih lokasi rumah anda.
5
Ketik
Sunting.
6
Dalam bar carian, masukkan lokasi yang anda ingin gunakan sebagai lokasi rumah
anda.
Jika rumah anda mempunyai berbilang bangunan pada alamat yang sama, tempat dipercayai
yang anda ingin tambah mungkin berbeza daripada alamat sebenar. Untuk memastikan
50
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
ketepatan lokasi yang lebih baik, anda boleh menambah lokasi sebenar rumah anda dalam
kompleks bangunan sebagai tempat tersuai.
Untuk mengalih keluar lokasi rumah anda
1
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar >Tempat dipercayai >
Laman Utama.
4
Ketik
Matikan lokasi ini.
Menggunakan lokasi tersuai
Anda boleh menambah sebarang lokasi sebagai tempat dipercayai, tersuai di mana
peranti anda boleh kekal berkunci.
Untuk menambah tempat tersuai
1
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Tempat dipercayai.
4
Ketik
Tambah tempat dipercayai.
5
Untuk menggunakan lokasi semasa anda sebagai tempat dipercayai dan tersuai,
ketik
Pilih lokasi ini.
6
Sebagai alternatif, ketik ikon kaca pembesaran dan taipkan alamat untuk
memasuki lokasi lain. Peranti anda mencari lokasi yang dimasukkan. Untuk
menggunakan alamat yang dicadangkan, ketik alamat.
7
Untuk menala lokasi dengan tepat, ketik anak panah undur bersebelahan alamat,
kemudian seret pin lokasi ke lokasi yang diingini dan ketik
Pilih lokasi ini.
Untuk mengedit tempat tersuai
1
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Tempat dipercayai.
4
Pilih tempat yang anda ingin sunting.
5
Ketik
Edit alamat.
6
Ketik ikon kaca pembesaran dan taipkan alamat untuk memasuki lokasi lain.
Peranti anda mencari lokasi yang dimasukkan. Untuk menggunakan alamat yang
dicadangkan, ketik alamat.
7
Untuk menala lokasi dengan tepat, ketik anak panah undur bersebelahan alamat,
kemudian seret pin lokasi ke lokasi yang diingini dan ketik
Pilih lokasi ini.
Untuk mengalih keluar tempat tersuai
1
Pastikan mod lokasi dihidupkan dan anda menggunakan sama ada tetapan
Ketepatan tinggi atau Penjimatan bateri.
2
Dari Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Tempat dipercayai.
4
Pilih tempat yang anda ingin alih keluar.
5
Ketik
Padam.
Mengekalkan peranti anda berkunci semasa anda membawanya
Menggunakan ciri Pengesanan pada badan, anda mengekalkan peranti anda berkunci
semasa anda membawanya bersama anda, contohnya, jika anda membawanya dalam
tangan, poket atau beg anda. Akselerometer dalam peranti anda mengekalkan peranti
anda berkunci apabila ia merasakan yang ia sedang dibawa. Peranti terkunci apabila
akselerometer mengesan bahawa peranti telah diletakkan ke bawah.
Ciri pengesanan pada badan tidak boleh membezakan badan yang disambungkan. Jika anda
memberikan peranti anda kepada orang lain semasa ia berkunci menggunakan Pengesanan
pada badan, peranti anda mungkin kekal terkunci untuk pengguna lain. Jangan lupa bahawa
51
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Pengesanan pada badan sebagai ciri keselamatan adalah kurang selamat berbanding corak,
PIN atau kata laluan.
Untuk mendayakan Pengesanan pada badan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Pengesanan pada
badan.
3
Seret penggelangsar di sebelah
Mati ke kanan, kemudian ketik OK.
Menggunakan Pengesanan pada badan
Apabila anda menggunakan ciri Pengesanan pada badan, anda perlu menyedari tingkah
laku berikut:
•
Apabila peranti anda mengesan bahawa ia pada badan anda, ia kekal tidak berkunci
selepas anda membuka kuncinya.
•
Bila-bila masa anda meletakkan peranti anda ke bawah dan ia mengesan bahawa ia
tidak lagi berada pada badan anda, peranti anda terkunci secara automatik.
•
Selepas anda meletakkan peranti anda ke bawah, contohnya, jika anda meletakkannya
di atas meja, peranti anda boleh mengambil masa sehingga satu minit untuk terkunci.
•
Selepas anda menaiki kereta, bas, kereta api atau kenderaan darat yang lain, peranti
anda boleh mengambil masa antara 5 dan 10 minit untuk terkunci.
•
Ambil perhatian bahawa apabila anda menaiki kapal terbang atau bot (atau kenderaan
berasaskan bukan darat yang lain), peranti anda mungkin tidak terkunci secara
automatik, jadi pastikan ia dikunci secara manual jika perlu.
•
Apabila anda mengambil peranti anda sekali lagi atau keluar daripada kenderaan, hanya
buka kuncinya sekali dan peranti anda kemudian kekal tidak berkunci selama mana ia
berada bersama anda.
Untuk mematikan Pengesanan pada badan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Keselamatan > Kunci Pintar > Pengesanan pada
badan.
3
Seret peluncur di sebelah
Hidup ke kanan.