Bunyi, nada dering dan kelantangan
Anda boleh menyelaraskan kelantangan nada dering untuk panggilan masuk dan
pemberitahuan serta ulang main muzik dan video. Anda boleh menetapkan peranti anda
ke mod senyap dan memutuskan berapa lama peranti anda akan berada dalam mod
senyap secara manual. Anda juga boleh mempraset apabila peranti anda akan berada
dalam mod senyap secara automatik.
Untuk melaraskan kelantangan nada dering menggunakan kekunci kelantangan
•
Tekan kekunci kelantangan ke atas atau ke bawah.
Untuk melaraskan kelantangan media yang dimainkan menggunakan kekunci
kelantangan
•
Apabila memainkan muzik atau menonton video, tekan kekunci kelantangan ke
atas atau ke bawah walaupun semasa skrin dikunci.
Untuk menghidupkan mod getaran
•
Tekan kekunci kelantangan ke bawah atau atas sehingga
muncul dalam bar
status.
Untuk mengaktifkan mod senyap
1
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga kelihatan dalam bar status.
2
Pilih selang masa.
Pilihan tetapan mod senyap
Selama-lamanya Kekalkan peranti senyap sehingga anda menghidupkan bunyi kembali secara manual.
Selama satu jam Kekalkan peranti senyap selama satu jam. Anda boleh mengetik ikon tolak dan tambah
untuk mengubah tempoh.
43
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menjadual selang masa mod senyap
1
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga kelihatan dalam bar status.
2
Ketik .
3
Cari dan ketik
Dari dan tandakan kotak semak untuk hari yang berkaitan,
kemudian ketik
Selesai.
4
Untuk melaraskan masa bermula, ketik
Masa mula dan pilih nilai, kemudian ketik
OK.
5
Untuk melaraskan masa berakhir, ketik
Masa tamat dan pilih nilai, kemudian ketik
OK. Peranti anda kekal dalam mod senyap semasa selang masa yang dipilih.
Menetapkan pengecualian untuk mod senyap
Anda boleh memilih jenis pemberitahuan yang dibenarkan untuk berbunyi dalam mod
senyap dan anda boleh menapis pengecualian berdasarkan pemberitahuan datang
daripada siapa. Jenis pengecualian yang paling biasa termasuk:
•
Acara dan peringatan
•
Panggilan
•
Mesej
•
Penggera
Untuk membenarkan pengecualian berbunyi dalam mod senyap
1
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga kelihatan dalam bar status.
2
Seret peluncur di sebelah
Benarkan pengecualian ke kanan.
Untuk menetapkan pemberitahuan sebagai pengecualian dalam mod senyap
1
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga kelihatan dalam bar status.
2
Ketik .
3
Di bawah
Pengecualian dalam mod senyap, seret penggelongsor yang berkaitan
ke kanan.
Untuk mengaitkan pengecualian dengan jenis kenalan khusus
1
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga kelihatan dalam bar status.
2
Ketik .
3
Cari dan ketik
Panggilan/mesej daripada.
4
Buat pilihan.
Untuk membenarkan penggera berbunyi dalam mod senyap
1
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga kelihatan dalam bar status.
2
Seret peluncur di sebelah
Benarkan penggera ke kanan.
Untuk membenarkan pengecualian untuk berbunyi semasa praset selang masa mod
senyap
1
Tekan kekunci kelantangan ke bawah sehingga kelihatan dalam bar status.
2
Ketik .
3
Seret peluncur di sebelah
Pengecualian ke kanan.
Untuk melaraskan aras kelantangan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan.
3
Seret penggelangsar kelantangan ke kedudukan yang diingini.
Anda juga boleh menekan kekunci kelantangan ke atas atau ke bawah dan kemudian ketik
untuk melaraskan nada dering, main semula media atau aras kelantangan penggera secara
berasingan.
Untuk menetapkan peranti anda supaya bergetar untuk panggilan masuk.
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan.
3
Seret penggelangsar di sebelah
Juga bergetar untuk panggilan ke kanan.
44
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menetapkan nada dering
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Nada dering telefon.
3
Buat pilihan daripada senarai atau ketik dan pilih fail muzik yang disimpan ke
peranti anda.
4
Untuk mengesahkan, ketik
Selesai.
Untuk memilih bunyi pemberitahuan
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Bunyi pemberitahuan.
3
Buat pilihan daripada senarai atau ketik dan pilih fail muzik yang disimpan pada
peranti anda.
4
Untuk mengesahkan, ketik
Selesai.
Sesetengah aplikasi mempunyai bunyi pemberitahuannya yang tersendiri, yang boleh anda
pilih daripada tetapan aplikasi.
Untuk mendayakan nada sentuh
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Bunyi lain.
3
Seret penggelangsar di sebelah
Nada pad dail dan Bunyi sentuhan ke kanan.