Sony Xperia Z - Memulakan semula dan menetapkan semula peranti anda

background image

Memulakan semula dan menetapkan semula peranti anda

Anda boleh memaksa peranti anda memulakan semula atau tutup dalam situasi di mana

ia berhenti memberi respons atau tidak dapat dimulakan semula secara normal. Tiada

tetapan atau data peribadi akan terpadam.
Anda juga boleh menetapkan semula peranti anda ke tetapan kilang asal. Tindakan ini

adalah kadang kala perlu jika peranti anda berhenti berfungsi dengan betul, tetap ambil

maklum bahawa jika anda mahu menyimpan sebarang data penting, anda perlu

sandarkan data ini dahulu ke kad memori atau memori dalaman lain. Untuk maklumat

lanjut, lihat

Membuat sandaran dan memulihkan kandungan

pada halaman 138 .

Jika peranti anda gagal dihidupkan kuasa atau jika anda ingin menetapkan semula

perisian peranti anda, anda boleh menggunakan Xperia™ Companion bagi

membaikpulih peranti anda. Untuk maklumat lanjut mengenai Xperia™ Companion, lihat

Alat komputer

.

Peranti anda mungkin gagal untuk memulakan semula jika paras bateri rendah. Sambung

peranti anda ke pengecas dan cuba mulakan semula sekali lagi.

Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, anda mungkin perlu melog

masuk sebagai pemilik, iaitu pengguna utama, untuk menetapkan semula peranti anda kepada

tetapan asal kilang.

Untuk memaksa peranti agar dimulakan semula

1

Tekan dan tahan kekunci kuasa .

2

Dalam menu yang terbuka, ketik

Mulakan semula. Peranti dimulakan semula

secara automatik.

Untuk menutup peranti secara paksa

1

Tekan terus kedua-dua kekunci tambah kelantangan dan kekunci kuasa

selama 10 saat.

2

Selepas peranti anda bergetar, lepaskan kekunci. Peranti dimatikan secara

automatik.

140

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menjalankan penetapan semula data kilang

Untuk mengelakkan kerosakan kekal pada peranti anda, jangan mulakan semula peranti

semasa prosedur penetapan semula sedang dijalankan.

1

Sebelum anda mulakan, pastikan anda menyandarkan sebarang data penting

yang disimpan pada memori dalaman peranti anda ke kad memori atau kad

memori bukan dalaman yang lain.

2

Dari Skrin Utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Sandaran & tetapan semula > Tetapkan semula data

kilang.

4

Untuk memadamkan maklumat, seperti gambar dan muzik, daripada storan

dalaman anda, tandakan kotak semak

Hapuskan data storan dalaman.

5

Ketik

Tetapkan semula telefon.

6

Jika dikehendaki, lukis corak buka kunci skrin anda atau masukkan kata laluan

atau PIN buka kunci skrin anda untuk meneruskan.

7

Untuk mengesahkan, ketik

Padam semua.

Peranti anda tidak akan kembali ke versi perisian Android™ yang awal apabila anda

melaksanakan penetapan semula data kilang.

Jika anda terlupa kata laluan, PIN atau corak buka kunci skrin anda, anda boleh menggunakan

ciri pembaikan peranti dalam Xperia™ Companion untuk memadamkan lapisan keselamatan

ini. Anda perlu menyediakan butiran log masuk akaun Google anda untuk melaksanakan

operasi ini. Dengan menjalankan ciri pembaikan, anda memasang semula perisian untuk

peranti anda dan mungkin kehilangan sebahagian data peribadi dalam proses itu.

Untuk membaik pulih perisian peranti menggunakan Xperia™ Companion

Sebelum melaksanakan pembaikan perisian, pastikan anda mengetahui kelayakan Google™

anda. Bergantung pada tetapan keselamatan anda, anda mungkin perlu memasukkannya bagi

memulakan peranti selepas pembaikan perisian.

1

Pastikan bahawa Xperia™ Companion untuk Windows

( http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion ) atau Xperia™

Companion untuk Mac OS

( http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion-mac ) dipasang pada PC
atau Mac

®

anda.

2

Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.

3

Buka perisian Xperia™ Companion pada komputer jika ia tidak dilancarkan secara

automatik dan pilih

Software repair pada skrin.

4

Ikut arahan pada skrin untuk memasang semula perisian dan melengkapkan

pembaikan.