Menerima panggilan
Jika anda menerima panggilan masuk apabila peranti berada dalam mod tidur atau skrin
dikunci, aplikasi telefon buka dalam format skrin penuh. Jika anda terima panggilan
masuk apabila skrin sedang aktif, panggilan masuk akan dipaparkan sebagai
pemberitahuan terapung, iaitu, dalam tetingkap yang diminimumkan yang terapung di
bahagian atas apa saja skrin yang terbuka. Apabila pemberitahuan seperti itu tiba, anda
boleh pilih untuk menjawab panggilan itu atau buka skrin aplikasi telefon, atau anda
boleh tolak panggilan dan kekal di skrin semasa.
Untuk menjawab panggilan masuk apabila skrin tidak aktif
•
Seret ke kanan.
Untuk menjawab panggilan masuk apabila skrin aktif
•
Dalam pemberitahuan terapung yang muncul di bahagian atas skrin, ketik
JAWAB.
Anda boleh pergi ke skrin aplikasi telefon utama juga tanpa menjawab panggilan dengan
mengetik bahagian atas tetingkap pemberitahuan terapung. Dengan menggunakan kaedah
ini, anda dapat lebih banyak pilihan untuk mengurus panggilan itu. Contohnya, anda boleh
memutuskan untuk menolak panggilan dengan mesej.
Untuk menolak panggilan masuk apabila skrin tidak aktif
•
Seret ke kiri.
Untuk menolak panggilan masuk semasa skrin aktif
•
Dalam pemberitahuan terapung yang muncul di bahagian atas skrin, ketik
TOLAK.
Anda boleh pergi ke skrin aplikasi telefon utama juga tanpa menolak panggilan dengan
mengetik bahagian atas tetingkap pemberitahuan terapung. Dengan menggunakan kaedah
ini, anda dapat lebih banyak pilihan untuk mengurus panggilan itu. Contohnya, anda boleh
memutuskan untuk menolak panggilan dengan mesej.
Untuk membisukan nada dering panggilan masuk
•
Apabila anda menerima panggilan, tekan kekunci kelantangan.
62
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Menolak panggilan dengan mesej teks
Anda boleh menolak panggilan dengan mesej teks. Apabila anda menolak panggilan
dengan mesej tersebut, mesej akan dihantar secara automatik kepada pemanggil dan
disimpan dalam perbualan Pemesejan dengan kenalan itu.
Anda boleh memilih daripada beberapa mesej dipratakrif yang tersedia di peranti anda
atau anda boleh membuat mesej yang baru. Anda boleh membuat mesej peribadi sendiri
dengan menyunting mesej yang dipratakrif juga.
Untuk menolak panggilan dengan mesej teks
1
Apabila panggilan masuk tiba, seret
Tolak dengan mesej ke atas.
2
Pilih mesej yang telah disediakan atau ketik dan tulis mesej baru.
Untuk menolak panggilan dengan mesej teks
1
Apabila anda mendengar bunyi bip berulang semasa panggilan, seret
Tolak
dengan mesej ke atas.
2
Pilih mesej yang telah disediakan atau ketik dan tulis mesej baru.
Untuk menyunting mesej teks yang digunakan untuk menolak panggilan
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan > Tolak panggilan dengan mesej.
3
Ketik mesej yang anda mahu sunting, kemudian lakukan perubahan yang perlu.
4
Ketik
OK.