Sony Xperia Z - Papan kekunci pada paparan

background image

Papan kekunci pada paparan

Anda boleh masukkan teks dengan papan kekunci QWERTY pada paparan dengan

mengetik setiap huruf secara berasingan, atau anda boleh gunakan ciri input Gerak

Isyarat dan gelangsar jari anda dari huruf ke huruf untuk membentuk perkataan. Jika

anda mahu gunakan versi lebih kecil papan kekunci pada paparan dan input teks

dengan hanya sebelah tangan, sebaliknya anda boleh aktifkan papan kekunci sebelah

tangan.
Anda boleh memilih sehingga tiga bahasa untuk input teks. Ciri pengesanan bahasa

Smart mengesan bahasa yang anda gunakan dan menjangka perkataan untuk bahasa

yang anda taipkan. Sesetengah aplikasi membuka papan kekunci pada paparan secara

automatik, contohnya, aplikasi e-mel dan pemesejan teks.

1 Padam aksara sebelum kursor.

2 Masukkan pembawa kembali atau sahkan input teks.

3 Masukkan ruang.

4 Peribadikan papan kekunci anda. Kekunci ini hilang selepas papan kekunci diperibadikan.

5 Paparkan nombor dan simbol. Untuk lebih banyak simbol, ketik

.

6 Beralih antara huruf kecil, huruf besar dan huruf kecil dan besar. Untuk sesetengah bahasa,

kekunci ini digunakan untuk mengakses aksara tambahan dalam bahasa itu.

Untuk memaparkan papan kekunci pada paparan untuk memasukkan teks

Ketik medan entri teks.

Untuk menggunakan papan kekunci pada paparan dalam orientasi lanskap

Apabila papan kekunci pada paparan dipaparkan, pusingkan peranti ke arah sisi.

Anda mungkin perlu melaraskan tetapan dalam sesetengah aplikasi untuk mendayakan

orientasi lanskap.

Untuk memasukkan aksara teks menggunakan aksara

1

Untuk memasukkan aksara yang boleh dilihat pada papan kekunci, ketik aksara.

2

Untuk memasukkan kelainan aksara, sentuh terus aksara papan kekunci biasa

untuk mendapatkan senarai pilihan tersedia, kemudian, pilih daripada senarai.

Sebagai contoh, untuk memasukkan "é", sentuh terus "e" sehingga pilihan lain

kelihatan, kemudian, semasa jari anda masih menekan pada papan kekunci, seret

dan pilih "é".

Untuk memasukkan noktah

Setelah selesai memasukkan perkataan, ketik dua kali bar ruang.

56

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memasukkan teks menggunakan fungsi input Gerak Isyarat

1

Apabila papan kekunci pada paparan dipaparkan, gelangsar jari anda dari huruf

ke huruf untuk menyurih perkataan yang anda mahu tuliskan.

2

Setelah anda selesai memasukkan sesuatu perkataan, angkat jari anda.

Cadangan perkataan muncul berdasarkan huruf yang anda surih.

3

Jika perkataan yang anda inginkan tidak muncul, ketik untuk melihat pilihan lain

dan pilih dengan sewajarnya. Jika pilihan yang dikehendaki tidak muncul,

memadamkan keseluruhan perkataan dan menyurih sekali lagi, atau memasukkan

perkataan dengan mengetik setiap huruf.

Untuk menukar tetapan Input gerak isyarat

1

Apabila papan kekunci pada skrin dipaparkan, ketik .

2

Ketik , kemudian ketik

Tetapan papan kekunci.

3

Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi input Gerak Isyarat, tanda atau

nyahtanda kotak semak

Input gerak isyarat.

Untuk menggunakan papan kekunci sebelah tangan

1

Buka papan kekunci pada paparan dalam mod potret, kemudian ketik .

2

Ketik , kemudian ketik

Papan kekunci sebelah tangan.

3

Untuk memindahkan papan kekunci sebelah tangan ke bahagian kiri atau

bahagian kanan skrin, ketik atau sewajarnya.

Untuk kembali menggunakan papan kekunci pada paparan penuh, ketik .