Sony Xperia Z - Memuat turun aplikasi daripada sumber lain

background image

Memuat turun aplikasi daripada sumber lain

Apabila peranti anda ditetapkan untuk membenarkan muat turun daripada sumber selain

Google Play™, anda boleh memuat turun aplikasi secara terus daripada laman web lain

dengan mengikuti arahan muat turun berkaitan.

Memasang aplikasi yang asal usulnya tidak diketahui atau tidak boleh dipercayai boleh

merosakkan peranti anda. Hanya muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai.

Hubungi pembekal aplikasi sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan.

Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, hanya pemilik, iaitu pengguna

utama, boleh membenarkan muat turun daripada sumber selain Google Play™. Perubahan

yang dibuat oleh pemilik melibatkan semua pengguna lain.

Untuk membenarkan muat turun aplikasi daripada sumber lain

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Keselamatan.

3

Seret penggelangsar di sebelah

Sumber tidak diketahui ke kanan.

4

Ketik

OK.

Sesetengah aplikasi mungkin perlu mengakses data, tetapan dan pelbagai fungsi pada peranti

anda untuk berfungsi dengan betul. Hanya pasang dan beri kebenaran kepada aplikasi yang

anda percayai.

Anda boleh melihat kebenaran yang diberikan kepada aplikasi perisian dimuat turun dengan

mengetik aplikasi di bawah

Tetapan > Aplikasi.

32

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.