Persediaan Satu sentuhan
Anda boleh menggunakan fungsi persediaan Satu sentuhan untuk melancarkan secara
automatik persediaan beberapa ciri yang berfungsi secara wayarles antara dua peranti
Xperia™. Contohnya, anda boleh menggunakan persediaan Satu sentuhan untuk
melancarkan konfigurasi tetapan asas untuk Pencerminan skrin dan Xperia Link™.
Selepas anda menyelesaikan persediaan, anda kemudiannya hanya perlukan satu
sentuhan setiap kali anda ingin melancarkan ciri ini.
Fungsi persediaan Satu sentuhan diaktifkan menggunakan NFC. Ciri satu sentuhan lain
termasuk Bluetooth® dan Pelayan Media. Untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai persediaan Pencerminan skrin, Pelayan Media, NFC dan Bluetooth®, rujuk
pada bahagian Panduan pengguna yang berkaitan.
Untuk memulakan persediaan Satu sentuhan pada peranti anda
1
Dari Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Kesambungan Xperia™ > Persediaan satu sentuhan.
Fungsi NFC dihidupkan secara automatik.
3
Pastikan fungsi NFC pada peranti Xperia™ lain dihidupkan.
4
Pastikan skrin kedua-dua peranti dibuka kuncinya dan aktif.
5
Rapatkan kedua-dua peranti supaya kawasan pengesanan NFC setiap peranti
bersentuhan antara satu sama lain. Fungsi persediaan satu sentuhan dilancarkan
secara automatik.
Kedua-dua peranti mesti menyokong fungsi persediaan Satu sentuhan.
119
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.