Mencerminkan skrin peranti anda pada TV menggunakan kabel
Anda boleh menyambung peranti anda ke set TV yang serasi menggunakan kabel MHL
dan mencerminkan skrin peranti anda pada skrin TV.
Kabel MHL dan HDMI™ serta penyesuai dijual secara berasingan.
Sony tidak menjamin bahawa semua jenis kabel MHL dan HDMI™ serta penyesuai disokong
oleh peranti anda.
Untuk melihat kandungan daripada peranti anda pada TV yang menyokong input MHL
1
Sambungkan peranti anda ke TV menggunakan kabel MHL. kelihatan dalam
bar status peranti anda setelah sambungan dibuat.
2
TV memaparkan skrin peranti anda.
Untuk melihat kandungan daripada peranti anda pada TV yang menyokong input
HDMI™
1
Sambung peranti anda ke penyesuai MHL dan sambung penyesuai itu ke port
USB dikuasakan.
2
Sambung penyesuai ke TV menggunakan kabel HDMI™. muncul dalam bar
status peranti anda setelah sambungan dibuat.
3
TV memaparkan skrin peranti anda.
Untuk melihat bantuan tentang menggunakan alat kawalan jauh TV
1
Semasa peranti anda disambungkan ke set TV, seret bar status ke arah bawah
untuk membuka panel Pemberitahuan.
2
Ketik
MHL disambungkan. Tetapan MHL muncul pada skrin TV.
3
Pilih
Penggunaan kawalan jauh.
Anda boleh memilih
Saiz Output Video untuk melaraskan saiz output pada skrin TV. Jika
pilihan penskalaan auto TV sudah didayakan, tetapan ini tidak muncul di bawah tetapan MHL.
Anda boleh menekan butang kuning pada alat kawalan jauh TV untuk membuka panel
Pemberitahuan juga.
Untuk memutuskan sambungan peranti anda dari set TV
•
Cabut kabel MHL atau penyesuai MHL dari peranti anda.