Sony Xperia Z - Tetapan kamera umum

background image

Tetapan kamera umum

Gambaran keseluruhan tetapan mod tangkapan

Auto superior

Optimumkan tetapan anda supaya sesuai dengan sebarang pemandangan.

Manual

Laraskan tetapan kamera secara manual.

Sound Photo

Ambil foto dengan bunyi latar.

Kesan kreatif

Gunakan kesan pada foto atau video.

Sapuan Panorama

Gunakan tetapan ini untuk mengambil foto bersudut luas dan panoramik.

Superior auto

Mode Superior auto mengesan keadaan di mana anda merakam dan melaraskan

tetapan secara automatik bagi memastikan anda mengambil foto terbaik yang mungkin.

Resolusi tertinggi yang disokong oleh mod Superior auto ialah 8MP. Jika anda mahu

mengambil foto dengan resolusi tertinggi, gunakan mod

Manual.

Mod manual

Gunakan Mod manual apabila anda ingin melaraskan tetapan kamera anda secara

manual untuk mengambil gambar atau video.

92

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Kesan kreatif

Anda boleh gunakan kesan yang berbeza pada foto dan video anda. Sebagai contoh,

anda boleh menambah kesan Nostalgia untuk membuat foto kelihatan lama atau kesan

Lakaran untuk imej yang lebih menyeronokkan.

Sweep Panorama

Anda boleh mengambil foto bersudut luas dan panoramik dari arah mendatar atau

menegak dalam gerakan tekan dan beralun yang mudah.

Untuk mengambil foto panorama

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian pilih .

3

Untuk memilih arah tangkapan, ketik

.

4

Ketik skrin dan gerakkan kamera perlahan-lahan dan dengan stabil ke arah

pergerakan yang ditunjukkan pada skrin.

Memuat turun aplikasi kamera

Anda boleh memuat turun aplikasi kamera percuma atau berbayar dari Google Play™

atau sumber lain. Sebelum anda mula memuat turun, pastikan anda mempunyai

sambungan Internet yang berfungsi, lebih digalakkan melalui Wi-Fi® untuk mengehadkan

caj trafik data.

Untuk memuat turun aplikasi kamera

1

Buka aplikasi kamera.

2

Ketik , kemudian ketik

BOLEH DIMUAT TURUN.

3

Pilih aplikasi yang anda ingin muat turun dan ikut arahan untuk melengkapkan

pemasangan.

Pelancar pantas

Gunakan tetapan Pelancar pantas untuk melancarkan kamera apabila skrin dikunci.

Lancarkan sahaja

Selepas anda menyeret ke arah dalam, kamera utama dilancarkan daripada mod tidur.

Lancar dan tangkap

Selepas anda menyeret ke arah dalam, kamera pegun dilancarkan daripada mod tidur dan foto
ditangkap.

Lancar dan rakam video

Selepas anda menyeret ke arah dalam, kamera video dilancarkan daripada mod tidur dan memulakan
rakaman.

Matikan

Geoteg

Tag foto dengan butiran tempat anda mengambilnya.

Tangkapan sentuh

Kenal pasti kawasan fokus, kemudian sentuh skrin kamera dengan jari anda. Foto

diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari anda.

Bunyi

Pilih untuk menghidupkan atau mematikan bunyi pengatup.

Storan data

Anda boleh memilih untuk menyimpan data anda pada kad SD yang boleh ditanggalkan

atau pada storan dalaman peranti anda.

93

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Storan dalaman

Foto atau video disimpan pada ingatan peranti.

Kad SD

Foto atau video disimpan pada kad SD.

Imbangan putih

Tetapan ini, yang hanya tersedia dalam mod tangkapan

Manual, laraskan imbangan

warna mengikut keadaan pencahayaan. Ini turut membolehkan anda melaraskan

dedahan secara manual dalam julat -2.0 EV hingga +2.0 EV. Contohnya, anda boleh

meningkatkan kecerahan imej atau mengurangkan dedahan keseluruhan dengan

mengetik kawalan tambah atau tolak sewajarnya apabila ikon tetapan imbangan putih

dipaparkan.

Auto

Melaraskan keseimbangan warna secara automatik agar disesuaikan kepada keadaan pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol lampu.

Pendarfluor

Melaraskan keseimbangan warna untuk pencahayaan pendarfluor.

Siang hari

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Melaraskan keseimbangan warna untuk langit mendung.